top of page
Search

DRAMA SENSASI NUR 2 BERSIARAN DI IFLIX





KUALA LUMPUR - 2 April 2019 — Pada sidang media di Kompleks Kraf hari ni, iflix telah mengumumkan kerjasama bersama Primeworks Distribution dalam membawakan sebuah sekuel Nur yang amat dinanti-nantikan oleh peminat diseluruh Malaysia iaitu Nur 2.


Nur 2 merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin yang juga dibarisi oleh pelakon Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Eyra Haazli, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar. Drama siri ini akan disiarkan empat hari seminggu bermula pada Rabu, 3 April di iflixFREE dan iflixVIP, ekspres daripada TV3, 2 jam selepas siaran televisyen.


Mengambil tempat selepas perkahwinan Adam dan Nur, Juita (Azar Azmi), kenalan lama Nur, menagihkan pencerahan yang sama seperti Nur menerusi suaminya. Hal ini mendorong Juita untuk menggunakan godaan demi memenangi hati Ustaz Adam. Nur 2

akan lebih menyentuh tentang tema kesetiaan, kepercayaan dan pengkhianatan, yang akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan skandal ini.


“Nur di TV3 yang terbukti popular membuatkan iflix ingin bekerjasama dengan Primeworks Distribution dalam menghasilkan Nur musim kedua. Co-produksi ini akan membantu Nur2 untuk mendapat lebih ramai penonton, membolehkan peminat di Malaysia untuk menyaksikan drama ini di peranti mereka secara percuma, 2 jam selepas siaran televisyen, ataupun boleh disaksikan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini juga merupakan contoh terbaik bagaimana syarikat OTT seperti iflix dapat menjadi pelengkap kepada televisyen tradisional dan membina francais drama tempatan.” kata Mark Francis, Pengarah Global Produksi Originals.


Manakala Lyn Nasihin, Pengurus Primeworks Distribution berkata bahawa kerjasama antara Primeworks Distribution dan iflix menandakan sebuah kolaborasi yang penting. Sebagai pengedar kandungan,Primeworks Distribution amat mengutamakan

aksesibiliti kandungan mereka kepada seluruh penonton menerusi semua saluran, melalui saluran TV mahupun saluran OTT.


"Melihat Nur musim 1 disambut dengan baik sudah tentu kami ingin meluaskan jangkauan penonton untuk musim kedua. Primework Distribution berbesar hati untuk memainkan peranan dalam mengembangkan aksesibiliti rancangan

kami.” tambah beliau lagi.


Di Anugerah Skrin 2018, Nur memenangi anugerah drama terbaik, manakala Syafiq Kyle yang melakonkan watak Adam dan Amyra Rosli yang berlakon sebagai Nur masing-masing memenangi pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik.


Trailer Nur 2 di Youtube :



bottom of page